Dalam setiap hati ; adanya perasaan sayang
Bagi Saya, tinggal di Turki ni bukannya senang. Perasaan yang hadir tu banya benar. Sampai dah tak larat nak menghalau rasa sayu pergi. Saya bukannya seorang yang kuat hati. Bila teringat kat Famili, kawan-kawan, cikgu dan juga orang-orang lain mula la hati ni sayu dipagut rindu gitu. Tapi nak buat macam nana, hidup ni haruslah berhijrah ; asyik menakung di tempat yang sama, mana nak maju.
Bila Saya fikirkan balik, banyak benar Saya berubah. Dari segi pemikiran, terutamanya ; banyak lagi Saya berfikir berbanding duduk di Malaysia. Rasanyalah.
Tinggal di turki, ramai tanya, best ke?
Aduh sayang-sayang sekalian, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Mestilah tanah tumpah darah tu yang lagi Saya sayang. All my 19 years of life dah memang dekat sana. Yang baik di sana yang buruk pun kat sana.
Sebenarnya duduk di asrama selama 5 tahun dulu memang mengajar Saya satu perkara ; nanti lepas SPM nak cari university yang dekat dengan rumah je. Tak nak dah bertangguh rindu dengan Ummi Ayah. Rasa pilu je hati bila fikir balik.
Tup. Tap.
Saya pergi Turki. Sobb.
Mohon doa dari kalian semua atas rasa sayang dan cinta dari Allah ; agar di tatapkan hati Saya ni cukup kuat untuk tinggal lama2 di Turki. Insyaa-Allah. Hati ni dah mula menanam rasa sayang dekat bumi Uthmaniah ni.
Salam sayang, Farhah Alwani.


WUU...!!! CIKSU PUN RINDU KAKTEH!!!
ReplyDelete